Dalam kejohanan MSSWP (Rendah) Kuala Lumpur 2019 yang baru berakhir di SK Air Panas Setapak hari ini, 4 johan telah dinobatkan dalam kategori masing masing
Dalam kategori U12L, Wong Qi Zhi dari SJKC Kepong 2 yang merupakan pemain MSSM negeri KL sejak 2016 memperoleh 6.5 mata di hadapan Ashraf Alimuddin Zahin Akhramsyah dari SK Bukit Damansara yang memperolehi 6 mata. Di tempat ke-3 adalah Aiman Naqif Naizli dari SK Bukit Jalil dengan 5.5 mata.

Dalam kategori U12P, Lee Jia Yi mencatat mata penuh 7/7 di hadapan Chan Jie Yi dan Teh Jia Qii yg sama sama memungut 5.5 mata. Ke dua dua johan dan naib johan adalah dari SJKC Kepong 2 dan tempat ke-3 adalah dari SJKC Kuen Cheng 1
Kategori U10L memperlihatkan saingan sengit apabila ke tiga tiga pemenang teratas berkongsi mata yang sama dan hanya dipisahkan oleh pemutus tie-break. Di tempat pertama adalah Kavin Mohan dari Stella Maris diikuti Ooi Wei dari SJKC Kepong 3 dan Mitran Prasad dari SK Taman Desa.

Kategori U10P turut mempunyai situasi yang hampir sama seperti U10L apabila top 3 kejohanan mempunyai mata sama iaitu 6/7. Johannya adalah Airyn Alyna Azrul dari SJKC Lee Rubber diikuti Elise Khiong Yi Xuen dan di tempat ke-3 ialah Shreeyaa Retnendran dari SK Taman Desa
