Wael, Irfan Danial and Yee Hao Loong menjuarai MesaMall Rapid Chess 2019

[CMC] CaturMalaysia.com dengan kerjasama KCE 18 telah menjalankan kejohanan catur di MesaMall. Ini merupakan kejohanan ke-4 yang dianjurkan oleh Saudara Zamri di MesaMall sejak tahun 2018. Kejohanan dalam tiga kategori iaitu Open, U12 dan U9 berjaya menarik lebih 300 pemain dari seluruh negara termasuk beberapa pemain dari negera lain seperti China, India, Korea dan Filipina. Kejohanan turut disiarkan secara langsung di atas talian apabila 6 board dari kategori open di siarkan di laman web http://live.myiconchess.com

Dalam kategori Open, Wael iaitu pelajar MMU yang berasal dari China berjaya menjadi johan apabila mencatatkan 7 mata penuh. Dalam game terakhir yang kritikal, beliau memerlihatkan ketangkasan taktikal apabila membuat gerakan serangan taktikal 26. R1d6 yang tidak dapat ditangkis oleh seed pertama, Stewart Manaog dari Filipina.

Tempat ke-dua diambil oleh Michael Angelo Palma dari Filipina dan ke-3 oleh Manaog Steward. Fahim al-Faqeh mendahului di kalangan junior yang mengambil cabaran bermain di kategori open dan berjaya menghabiskan kejohanan di tempat ke-9.


Dalam kategori U12, Muhd Irfan Daniel Izani

mendahului rakan-rakan lain apabila menjuarainya dengan 7 mata penuh.

1.Muhd Irfan Danial Mohd Nurul Izani
2.Rei Herng Aivan Kan
3.Amirthen Yohann Sinnapar
4.Mohd Syahiran Danish Mohd Shukur
5.Aidyl Syazwan Salehuddin
6.Matthew Alexander
7.Navieyaa Dusantharan
8.Kaseh Irsya Dania Mohd Nurul Izani
9.Muhd Hafiy Ikhwan Rhozisham
10.Nur Alya Batrisyia Armizi

Dalam kategori U9 Yee Hao Loong juga mencatat 7

penuh di hadapan Irzam Danial

1.Yee Hao Loong
2.Muhd Irzam Danial Mohd Nurul Izani
3.Dhivenesh Siva
4.Thilaghan Naidu Shanmugam Naidu
5.Yong Li Ning
6.Aghalya Tianna Sinnapar
7.A’qil A’lauddin Abd Aziz
8.Praneal Balan
9.Gan Kai Seng
10.Jaishivan Sivanesan Paranam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *