SK Bukit Damansara, SK Bukit Jalil dan SJKC Kuen Cheng 1 menguasai Kejohanan Catur MSSWPKL Zon Bangsar Berpasukan 2019

Dalam kategori lelaki berpasukan bawah 12 tahun, SJKC Kuen Cheng berjaya menjadi johan apabila memenangi semua pusingan permainan. Pusingan kritikal ialah apabila mereka memenangi pusingan 3 ke atas top seed kejohanan iaitu SK Bukit Damansara dgn 3-1 dan juga apabila memenangi tipis pusingan ke 4 ketika bertemu SK Bukit Jalil dengan 2.5 mata berbalas 1.5.

SK Bukit Damansara dari kiri Ashraf Alimuddin, Nik Emin, Lokesh dan Ashraf Ruhaizal dan Cikgu Shida

SK Damansara mendapat naib johan di ikuti oleh SK Bukit Jalil di tempat ke-3. Tiga lagi pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri adalah SJKC Kuen Cheng 2, SK Taman Desa dan terakhir SK (L) Methodist.

Team Lelaki SK Bukit Jalil dan SK Bukit Damansara

Game Pilihan

Ketika SJKC Kuen Cheng 1 bertemu SK Bukit Jalil

Dalam kategori berpasukan perempuan, berlaku suatu perkara yg unik apabila 3 pasukan teratas berkongsi match point yang sama (8) apabila ketiga-tiganya pernah kehilangan point sepanjang kejohanan (SK Sultan Hisamuddin tewas dgn SK Bukit Jalil, SK Bukit Jalil pula tewas dengan SK Bukit Damansara, SK Bukit Damansara pula seri dengan 2 team lain!).

Jadi penentuan tempat kejohanan adalah berdasarkan mata game point. SK Bukit Jalil dengan 15 mata game point berjaya menjadi johan di hadapan SK Bukit Damansara yang mengutip 13 mata dan SK Sultan Hisamuddin yg mengutip 12.5 mata

Johan Zon Bangsar 2019, SK Bukit Jalil dibarisi Amira Afsyeen, Inshiraah, Eshika dan Erynna Qaysara
Naib johan Zon Bangsar 2019, SK Bukit Damansara dari kiri Erin Kong, Kerthana, Tanusya dan Amanda Ramonna dan Cikgu Diana

Antara pusingan yg menjadi tumpuan ialah apabila SK Bukit Jalil bertemu dengan SK Bukit Damansara di pusingan ke 2 di mana SK Bukit Damansara menang tipis 2.5 berbalas 1.5

Pusingan ketika Johan SK Bukit Jalil bertemu Naib Johan SK Bukit Damansara
SK Sultan Hisamuddin Alam Shah dibarisi Iris Qistina (tengah), Najwa Shahirah, Nur Alysya dan Wan Nur Zafreen

Tiga lagi pasukan yang layak ke peringkat negeri adalah SJKC Kuen Cheng 1,SK Taman Desa (Johan 2018) dan SJKC Lai Meng.

Orang kuat di sebalik kebangkitan SK Bukit Jalil sebagai chess powerhouse di Zon Bangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *