SAS mencatat kejuaraan 1-2 di 1st SAS Invitational

Pasukan catur SAS mencatatkan keputusan yang sangat memberangsangkan apabila mencatat keputusan 1-2 dalam tournament 1st SAS Invitational 2019. Kejohanan bertaraf kebangsaan ini yang julung kali diadakan oleh Kelab Catur SAS di bawah pimpinan Cikgu Rizal Jusah disertai seramai 47 pasukan dari sekolah seluruh negara dimana setiap pasukan diwakili 4 orang pemain. Bilangan penyertaan ini boleh dibanggakan apabila mengambilkira tempoh promosi tidak sampai 2 minggu yang diberikan selepas mendapat kelulusan pihak berwajib.

Kejohanan bermula tepat jam 9 dan berjalan sebanyak 6 pusingan. 4 meja dari board pertama dipaparkan secara langsung di layar besar di dalam dewan dan juga melalui internet di http://live.myiconchess.com .

Perancangan dan pelaksanaan kejohanan dipimpin oleh Pengarah Kejohanan Cikgu Rizal Jusah. Beliau dibantu Ketua arbiter FA Emran Mohd Tamil dan Timbalan arbiter NA Rizal Kamal dan beberapa ibu bapa catur membantu arbitering sepanjang kejohanan.

Kejohanan turut menerima kunjungan dari International Master Mas Hafizul Helmi. Beliau berkesempatan memulakan pusingan akhir ketika kejohanan.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil YDP PIBG iaitu Datin Ismalina Ismail. Tahniah kepada semua pasukan yg mendapat hadiah dan terima kasih kepada semua yang menyokong event ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *