Muhammad Noor Azam Mohamad Noor dan WFM Nur Nabila Azman Hisham memenangi Blitz KARISMA UiTM 2019 (with pgn)

Muhammad Noor Azam Mohamad Noor dari UiTM Shah Alam berjaya menebus kekecewaan dalam kategori classical apabila beliau mendapat tempat kedua kerana kalah tipis dlm tie break dengan menjuarai kategori blitz dengan mencatat 9/11 mata. Iwan Ibnu Schani dari UiTM Selangor mengikut rapat di belakang beliau dengan mencatat 8.5/11 mata di ikuti oleh Muhd Rafiquzzaman Abdullah (UiTM Melaka).

Saudara Azam dengan pingat kemenangan beliau


Dalam kategori wanita pula, ketiga-tiga WFM meneruskan penguasaan mereka. WFM Nur Nabila Azman Hisham (UiTM Selangor) dengan 10.5 mata menjadi johan di hadapan Nur Najiha Azman Hisham (UiTM Perak) yang mencatat 10 mata. Di tempat ketiga adalah WFM Puteri Rifqah Fahada Azhar (UiTM Negeri Sembilan) dengan 9.5 mata.

DGT Broadcast dibawa oleh KedaiCatur dan boleh diikuti di

http://view.livechesscloud.com/83f51ec7-868b-47f8-9ae8-22c7746c8979

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *