Muhammad Aziz Farhan Noor Akbar dan WFM Nur Nabila Azman Hisham memenangi KARISMA (Classical) UiTM 2019 (with pgn)

Muhammad Aziz Farhan Noor Akbar dari Uitm Johor memenangi KARISMA UiTM edisi 2019 dengan memperolehi 5.5 mata.Mempunyai mata yang sama dengan Muhammad Noor Azam Mohamad Noor, beliau menjuarai kejohanan apabila tie-break beliau meletakkan beliau di hadapan Muhammad Noor Azam.

Muhammad Aziz Farhan Noor Akbar yang merupakan pilihan utama kejohanan mengekalkan rekod tanpa kalah apabila memenangi 4 pusingan dan seri 3 pusingan. Beliau turut berjaya mengekalkan kedudukan di table pertama sepanjang kejohanan.

Di tempat kedua adalah Muhammad Noor Azam Mohamad Noor dari Uitm Shah Alam dan di tempat ketiga adalah Muhd Rafiquzzaman Abdullah dari UiTM Melaka.

Dalam kategori berpasukan tempat pertama lelaki ialah UiTM Shah Alam, diikuti UiTM Johor dan ditempat ketiga adalah UiTM Perlis dan UiTM Melaka yang berkongsi mata sama.

Saudara Azam dari UiTM Shah Alam dengan medal medal kemenangan beliau



Dalam kategori wanita WFM Nur Nabila Azman Hisham dari UiTM Selangor yang merupakan pilihan kedua kejohanan berjaya menjuarai edisi 2019 apabila beliau mempunyai mata pemutus yang lebih baik di hadapan 2 pemain lain yang turut mencatat 6 mata. Beliau menjadi johan di hadapan WFM Nur Najiha Azman Hisham di tempat kedua dan WFM Puteri Rifqah Fahada Azhar di tempat ke tiga.

Dalam kategori berpasukan perempuan, UiTM Perak yang diterajui oleh WFM Nur Najiha unggul di depan diikuti UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Pahang dan UiTM Kelantan berkongsi tempat ketiga .

Live broadcast dibawa oleh KedaiCatur.com dan boleh dilihat di http://view.livechesscloud.com/c447fc11-389a-4efa-8378-4d97955a58c4

Keputusan penuh lelaki boleh di lihat di http://chess-results.com/tnr463476.aspx?lan=1&art=1&rd=7

Keputusan penuh perempuan boleh dilihat di http://chess-results.com/tnr463474.aspx?lan=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *