Kastam memenangi MAKSWIP berpasukan 2019 (with pgn)

Pasukan Kastam yang diketuai oleh Rizal Ahmad Kamal berjaya mencipta sejarah apabila memenangi kategori berpasukan di Pertandingan Catur Berpasukan MAKSWIP 2019.

Pasukan ini dibarisi oleh Rizal Ahmad , Sharol Anuar Said , Aizudin Hadi Mohd Sahir , Keith Jonathan Deuntzer dan Nur Hadi Mohd Rohman berjaya merangkul 9 mata match point di hadapan pasukan MESCA yang menamatkan kejohanan di tempat kedua dengan 8 mata match point. Selain dari itu pasukan Kastam turut mencatat jumlah game point tertinggi sebanyak 15.5 di harapan pencabar terdekat iaitu MESCA dengan 14.5 mata gamepoint

Kejayaan ini lebih manis apabila ia menamatkan penantian ketua pasukan Kastam, Saudara Rizal Ahmad Kamal selama 20 tahun apabila beliau pertama kali mewakili kastam tahun 1999 di mana tahun tersebut LHDN menjadi juara sebelum bermula dominasi oleh pasukan DBKL selama 18 tahun sebelum di pecahkan pada tahun 2018 oleh pasukan LHDN dan kini 2019 juara baru dinobatkan.

Senarai Juara MAKSWIP dari 1999
1999 – LHDN
2000 – 2017 DBKL
2018 – LHDN
2019 – JKDM (Kastam)




Antara pusingan kritikal adalah apa mereka memenangi nipis 2.5-1.5 ke atas MOF dan juga apabila mereka seri dengan pasukan MARA. Saudara Rizal ada merekodkan beberapa decisive moment yang membantu kemenangan pasukan kastam ini.

White wins material. Pemain board ke 3 Kastam ketika menentang pemain dari MARA. Keputusan kumpulan seri 2-2 hasil dari kemenangan ini.

Jonathan dari Kastam di board ke 4 mencatat kemenangan ke atas Rosdi Ramli dari AUDIT dalam pusingan terakhir. Jumlah mata 3.5-0.5 di catat di pusingan terakhir
White blundered queen dan memberi kemenangan kepada hitam. Permainan dari pusingan terakhir.








One thought on “Kastam memenangi MAKSWIP berpasukan 2019 (with pgn)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *