Herrish, Harris Danial, Nur Damia Irdina dan Vaishanaavi Juara MSSWPKL Zon Keramat 2019

Herrish a/l Mohan Kumar dari SK Danau Kota mencatat 7 mata penuh sekaligus menjuarai kategori Bawah 12 Lelaki di hadapan Raif Hamzah (SK Wangsa Maju) dan Clement Chan(SJKC Lee Rubber). Mohd Syahiran Danish dari SK St John 1 mendapat tempat ke-4 dan Amsyar Al-Farizmi dari SK Wangsa Maju R10 mendapat tempat ke 5.

Herrish bersama Che Karmila dari SK Danau Desa

Dalam kategori U10L, Harris Danial dari SK St John 2 mendapat tempat pertama dengan 6.5 mata di hadapan Lim Tze Yee (SJKC Mun Yee) dan Muhammad Yashrif Khalish (SK Jalan Air Panas).

Harris Danial(tengah), Juara bawah 10 Lelaki
Nur Damia Irdina dari SK Taman Melati, johan bawah 12 Perempuan.

Dalam kategori Bawah 12 Perempuan, Nur Damia Irdina Muhammad Rozali dari SK Taman Melati mencatat mata penuh 7 point sekaligus merangkul juara untuk kejohanan 2019 mengulangi kejuaraan akaknya Nur Arfah pada tahun tahun terdahulu. Pada 2018 Nur Damia adalah johan kategori U10 Perempuan Zon Keramat. Di tempat kedua adalah Puteri Yasmeen Qaisarah dari SK Jalan Air Panas dengan 6 mata dan di tempat ke tiga adalah Isabella Qistina dari SK Kementah.Turut mendapat 6 mata adalah Che Karmila Aina dari SK Danau Kota.

Nur Damia Irdina bertemu Nikita Aisha Kaur


Dalam kategori Bawah 10 Perempuan, Vaishnaavi Saravanan dari SJKT Jln Fletcher memenangi kategori ini dengan 7 mata di hadapan Airyn Alyna dari SJKC Lee Rubber dan Kayshirijaa Janarthanan dari SK Marian Convent. Tempat ke-4 ialah Ravinaasri Nanthakumar ( SJKT Jln Fletcher ) di ikuti Zulaikha Hanny Dameea (SK CBN 1) dan Aida Azra Awliya dari SK Wangsa Maju Zon R10.


Airyn Alyna dari SJKC Lee Rubber (Naib Johan bawah 10 Perempuan, Johan berpasukan perempuan)

Untuk kategori berpasukan, SJKC Lee Rubber menjuarai kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 12 sekaligus merangkul juara keseluruhan. Senarai penuh 6 pasukan yang layak ke negeri di senaraikan di bawah

Berpasukan Lelaki Bawah 12 tahun

  • SJKC Lee Rubber
  • SK AU Keramat
  • SK Kementah
  • SJKT Jln Fletcher
  • SK Danau Kota
  • SK Polis Depot

Berpasukan Perempuan Bawah 12 Tahun.

  • SJKC Lee Rubber
  • SK Kementah
  • SK Taman Sri Rampai
  • SK Taman Melati
  • SK Jalan Kuantan 2
  • SK Wangsa Maju Zon R10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *