FA Syawal Aqmar dari UiTM berjaya memenangi siri terakhir U1600 Fide Rated Classical yang di adakan di UNITAR pada 7 & 8 September 2019. Memulakan kejohanan sebagai seed ke 14, beliau mencatat 6 kemenangan berterusan dari pusingan pertama dan mencatat keputusan seri di dua pusingan terakhir. Berikut adalah antara game pilihan dari permainan beliau dari pusingan ke 6. Game ini dipilih kerana keputusan pusingan ini melonjakkan beliau sebagai pendahulu pertandingan dan beliau berjaya mempertahankannya hingga tamat pusingan terakhir.

FINAL-STANDING-1
Senarai penuh pemenang boleh dilihat di atas
U1600 IPT Classical series adalah siri pertandingan klasikal yang dianjurkan oleh Chessman yang diterajui oleh Iwan Schani dengan kerjasama kelab kelab catur di IPT IPT tempatan. Mereka telah menjalankan sebanyak 4 siri pertandingan di IPT IPT tempatan. Siri di UNITAR adalah siri yang terakhir untuk edisi 2019. Siri terakhir ini di sokong oleh penaja penaja seperti UNITAR, TeamBuatHal/ASA Production dan Green Matrix.