Amir Faiz, Isaac Lee Zhia Wei, Teh Jia Qii dan Lee Yoon Yan menjuarai MSSWPKL Zon Bangsar (Individu) 2019

Dalam kategori Bawah12L, Amir Faiz dari SK TTDI 1 menjadi johan apabila mendapat 6.5 dari 7 pusingan. Beliau mengatasi Ashraf Alimuddin Zahin dari SK Bukit Damansara di tempat ke dua dan Nik Emin juga dari SK Bukit Damansara di tempat ke-3.

Pusingan yang kritikal adalah di pusingan ke-6 apabila Amir Faiz bertemu Ashraf Alimuddin di mana kedua-duanya adalah sole leader kejohanan dengan 5 mata jadi kemungkinan besar mereka yang memenangi pusingan ini akan menjadi juara. Dalam pusingan tersebut, Faiz berjaya menewaskan Ashraf selepas bertarung hampir 70 minit dan menjadi board terakhir habis pada pusingan tersebut.

Ashraf Alimuddin (kiri) dan Amir Faiz (kanan) ketika mereka bertemu di pusingan ke-6

Berikut adalah game pilihan ketika Amir Faiz melawan Ashraf Alimuddin Zahin di pusingan ke-6 di mana Amir Faiz berjaya convert kelebihan satu pawn beliau di fasa akhir permainan.

Champion U12 ,dari kiri Nik Emin (ke-3), Amir Faiz (Champ) dan Ashraf (ke-2)

Dalam kategori Bawah10L Isaac Lee Zhia Wei (Sjkc Kuen Cheng 2) menjadi johan di hadapan Mitran Prasad (SK Taman Desa) dan Lee Chi Yong(Sjkc La Salle). Kavin Mohan dari Stella Maris yang merupakan Bronze Medalist di kejohanan antarabangsa Asian School 2018 mendapat tempat ke 4. Pada peringkat awal dijangkakan Kavin Mohan akan mengekalkan kejuaraan Zon Bangsar 2018 namun beliau tewas mengejut kepada Mitran pada pusingan ke-5.

Berikut adalah game pilihan ketika Mitran bertemu Kavin Mohan di pusingan ke-5 di mana Mitran berjaya membuat mating attack semasa permainan masih dalam fasa middle game.

Dalam kategori Bawah12P, Teh Jia Qii (SK Kuen Cheng 1) mendapat tempat pertama dengan 5.5 mata dari 6 pusingan. Tempat ke 2 Shaneesya Shanmugayogan (SK Taman Desa) juga mendapat 5.5 mata namun kalah pada tie break Buchholz kpd johan. Eshikashree (SK Bukit Jalil) mendapat tempat ke 3.

Dalam kategori Bawah10P, Lee Yoon Yan dari Sjkc La Salle mendapat tempat pertama dengan 6/6 mata. Tempat kedua ialah Shreeyaa Retnendran dari SK Taman Desa. Tempat ketiga dan ke empat semuanya dari SK Bukit Damansara iaitu Taibah Sara Taib Tariq dan Amanda Ramonna Rajman Zareqh dengan masing masing memperoleh 5/6 mata.

Dari segi statistik, SK Bukit Damansara dan SK Bukit Jalil berkongsi kedudukan bilangan pelajar yang paling ramai layak ke peringkat negeri sebanyak 9 pemain di ikuti oleh SJKC Kuen Cheng 1 (6 pemain), SK Taman Desa (5 pemain) dan tuan rumah kejohanan iaitu SK TTDI 1 seramai 4 orang.

Pemain pemain catur dari SK Bukit Damansara

Laporan berpasukan akan menyusul kemudian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *