Wawancara Ainul Fikri, individu di sebalik tabir kejayaan SRAI Taman Keramat

Setahun dua yang lalu, SRAI Taman Keramat boleh dikatakan tiada langsung dalam radar untuk sekolah catur di daerah Gombak. Namun tiba tiba pada tahun 2019, dalam MSSD Gombak, SRAI Taman Keramat menjadi Naib Johan untuk Kategori Berpasukan Lelaki U12 dan Ke-3 untuk Kategori Berpasukan Perempuan U12. Sekaligus menjadi Johan Keseluruhan untuk MSSD Rendah Gombak 2019.

Kejayaan ini sebenarnya tidak datang bergolek dan terletak secara tiba tiba. Di sebalik kejayaan ini adalah dedikasi ibu-bapa SRAI Taman Keramat secara kolektif di pimpin oleh seorang parent iaitu Saudara Ainul Fikri Mohd Kamil. Beliau adalah ayah kepada beberapa pemain catur yang sedang meningkat naik. Di tekankan secara kolektif adalah kerana effort parent parent yang lain juga luarbiasa hebatnya dalam tempat yang boleh mereka bantu. Misalnya ketika menyertai Tournament di MMU, IYC, Melawati parent parent dari SRAI turut membuka booth jualan untuk mendapatkan dana untuk kelab catur sekolah.

Role yang dimainkan Ainul Fikri sebenarnya bukanlah coach, beliau lebih kepada parent mentor kepada parent parent SRAI Taman Keramat tentang nak set the right mindset and the right attitude untuk mencipta kejayaan dalam dunia catur. Beliau misalnya paling menekankan kepentingan untuk pelajar membuat puzzle secara berkala dan konsisten. Setiap minggu beliau akan memberi rumusan siapa pelajar yang membuat puzzle berdasarkan statistik di lichess dan siapa yang tidak. Mereka yang tidak membuat puzzle sedikit sebanyak akan ditegur samada kepada pelajar atau melalui parent untuk mereka kembali membuat puzzle.

Ketika tournament di IYC, berkesempatan untuk menemu ramah beliau secara spontan untuk rahsia kejayaan SRAI Taman Keramat, berikut adalah transkrip interview

Kontigen SRAI Taman Keramat semasa MSSD Gombak 2019

Admin: Tahniah Tuan untuk kejayaan SRAI baru baru ini
AF: Terima kasih

Admin: Dah berapa lama tuan membimbing Kelab Catur SRAI Taman Keramat?
AF: Baru setahun

Admin:Apakah rahsia boleh membawa SRA jadi hebat dalam jangkamasa yang singkat ini?
AF: Mungkin sebab saya garang, hahaha. Saya amat mementingkan kepentingan membuat puzzle jadi saya akan memaksa pelajar pelajar kelab sekolah untuk membuat puzzle di laman web lichess. Rating puzzle langsung tidak penting, yang penting adalah jumlah puzzle yang dibuat secara berkala dan konsisten.

Admin: Apakah cabaran paling besar yang tuan hadapi?
AF: Cabaran paling besar adalah untuk mendapatkan komitmen dan sokongan ibu bapa terutama dari segi untuk memastikan anak anak membuat kerja kerja puzzle semasa di rumah. Kita tidak boleh inginkan kejayaan tetapi tidak mahu berusaha untuknya. Usaha perlu seiring dengan visi, barulah kejayaan akan datang.

Admin: Berapa ramai ahli kelab catur SRAI Taman Keramat
AF: Untuk masa ini kita ada seramai 27 ahli dari darjah 2 hingga darjah 6.

Admin: Boleh saya tahu apa motivasi untuk membimbing sekolah, ini sebab anda boleh aja hanya menumpukan usaha pembangunan kepada anak sendiri sahaja. Tetapi anda mengambil usaha membimbing pasukan sekolah untuk sama sama mengecapi kejayaan bersama.
AF: Ini kerana tahun lepas, apabila Afeeq dapat mewakili daerah gombak, ia terasa sedikit kosong apabila kejayaan itu boleh disifatkan sebagai kejayaan individu sahaja. Ianya akan lebih manis jika dapat dikongsikan bersama. Dan saya pula melihat Gombak ini bukanlah seperti Petaling Perdana/Utama mahupun Zon Bangsar yang terkenal sebagai killer zone. Jadi saya melihat ada harapan sebenarnya untuk menguatkan pasukan sekolah untuk sama sama bersaing di peringkat daerah Gombak.

Di peringkat awal, dengan sokongan kuat dari pentadbir sekolah dan guru koko, sekolah telah menubuhkan kelab catur sejak tahun lepas. Pada awal penubuhannya, ia lebih kepada untuk mengkoordinasikan untuk memasuki pertandingan-pertandingan catur. Hanya pada tahun ini kita dapat memulakan kelas. Saya ini sebenarnya bukan lah memainkan peranan coach, saya lebih kepada membimbing mereka dan memastikan mereka mempunyai right attitude supaya mampu membuat aktiviti self improvement dalam masa mereka sendiri. Dari semasa ke semasa kita akan jemput coach dari luar untuk memberi latihan berkualiti kepada pelajar kita.

Admin: Bagaimana dengan pemilihan ahli kelab?
AF: Cikgu sekolah umumkan di perhimpunan sekolah untuk menarik anak anak yang berminat terutamanya yang telah mempunyai asas pengetahuan catur untuk menyertai kelab

Apa yang anda lakukan kalau ada antara ahli-ahli kelab yang tidak membuat ‘kerja rumah’ mereka?
AF: Setiap minggu saya akan keluarkan senarai mereka yang membuat puzzle di lichess. Andai ada yang saya lihat perlu motivasi tambahan untuk membuat puzzle, saya akan maklumkan kepada parent mereka. Adakalanya saya memberi impression kalau tidak mahu bagi anak buat puzzle, maka jangan masukkan kepada kelas saya. Mungkin itulah sebabnya saya dilabelkan sebagai garang. Haha.

Namun saya perlu nyatakan, support from parent SRAI Taman Keramat sebenarnya sangat overwhelming. Sebagai contoh misalnya, dalam beberapa tournament yang kami sertai seperti di Melawati (Tournament YB Saari),MMU dan juga di IYC ini, beberapa parent volunteer akan membuka booth jualan untuk tujuan fund raising kelab catur. Hari nie misalnya kami buka booth jualan aiskrim Malaysia.



Admin: Dana dari fund raising ini biasanya digunakan untuk apa? Training? Tournament?
AF: Oh, tak guna untuk training, dana untuk training datang terus dari parent yang anaknya terlibat. Dana dari aktiviti fund raising ini kita gunakan untuk membeli aset kelab seperti set dan jam catur. Kita gunakan juga untuk makan makan untuk aktiviti kelab catur.

Admin: Bagaimana dengan support dana dari Sekolah atau PIBG.

AF: Dari PIBG kita belum approach lagi untuk sebarang dana bantuan. Sekolah pula support sepenuhnya dari segi kos penyertaan ke MSSD dan negeri.

Admin: Berapa jumlah penyertaan ke MSSD dari SRAI Taman Keramat?

AF: Dalam tahun 2018 seramai 8 peserta kita hantar. Dalam tahun 2019 jumlah ini melonjak kepada 22 pelajar di mana dari jumlah ini 3 orang layak untuk pemilihan playoff ke peringkat negeri (2 lelaki, 1 perempuan)

Admin: Way forward, apa misi dan visi utk SRAI Taman Keramat?


Misi utama kami tentulah untuk mengekalkan kejuaraan di peringkat Gombak. Visi kami ialah untuk terus melahirkan dan mengasah bakat bakat di sekolah ini untuk bersaing diperingkat nasional.

Admin: Terima kasih untuk masa, kami dari myicon mengucapkan selamat maju jaya kepada sekolah terutama untuk play off akan datang.

AF: Sama



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *