Yeoh Li Tian tersenarai no 43 dalam top 100 world juniors.

Tahniah untuk pemain terkuat kita , IM Yeoh Li Tian yang tersenarai lagi dalam top 100 pemain junior setelah rating Fide May dikeluarkan. Beliau berada di kedudukan 43 dengan rating 2528. Berdasarkan profile fide beliau, beliau telah berada di dalam top 100 junior sejak May 2017 dan berjaya mengekalkannya hingga kini.

Untuk masa ini beliau telahpun mempunyai 2 GM Norm, hanya memerlukan 1 norm lagi untuk memperolehi gelaran GrandMaster pertama Malaysia. Semoga kejayaan ini dapat dikecapi dalam tahun ini juga.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *